Sabtu, 09/06/2012
Awal aku bangun pagi semata mata mahu pergi berjoging. Dah lama betul aku tak berjoging neh. Dapat 2round pon dah payah sangat dah sekarang neh. Jadi pagi ini aku nak pecah rekod. Jadi aku siap siap pakai kasut sukan dan seluar sukan. Bermula la sesi jelajah tasik taman aku.
Lupa nak kasi tau, dekat taman aku ada tasik. Tah tasik ke bende la aku tengok air kaler hitam je. Tasik buatan orang orang lama taman tu kabor, tapi dia ingat aku budak budak sekolah gamaknya senang senang nak tipu. Sikit pon aku tak percaya benda benda tahyul neh.
Berbalik kepada aktiviti berjoging, sedang aku mengatur langkah mengikuti laluan yang di sediakan di tasik tersebut, aku terdengar sayup sayup jeritan orang meminta tolong.
Ya, Allah. Terlintas di pikiran aku. Sapa pulak yang bernasib malang tu.
Jauh di hujung tasik aku terpandang, rupanya ada seorang perempuan sedang dalam kelemasan meminta pertolongan. Menurut kata saksi, tergelincir ketika sedang lompat bintang. Dari segi logik pikiran aku, memang tak patut badan macam anak gajah pon ada hati nak lompat bintang.
Aku tak membuang masa, aku cepat cepat tanggalkan baju dan meraba raba dalam kocek untuk mengeluarkan telefon tangan dari kocek.
Sempat jugak menjeling takot takot ada mesej yang di hantar ketika aku sedang asyik berlari tu, rupanya tiada. Sekali aku terperasan yang jam dah 8.30 pagi.
Cilaka!!
Aku dah la kerja hari ni masuk pukul 9pagi.
Bingkas aku bangun dari tidur.
Capai tuala dan cepat cepat pergi mandi tak lupa jugak sambil memaki maki di dalam hati
TAK GUNA PUNYA ALARM!!
PESAL TAK BUNYI HA?
14 bacteria jahat.!:
ia mimpi kah?
Jemput singgah || song-story01.blogspot.com/2012/06/lirik-cinta-247-max-247.html
dah bunyi tadi tapi kan taim tu kau tengah eksaited nak tolong gadis meminta tolong. haha
ingatkan lu betul2 jogging tadi. ahakssss!
lupa ke, kan kau dah set alarm yang bunyi perempuan jerit mintak tolong. tu la dia...
sengal...hahahaha....
siot betul mimpi lu ni....
eleh..mentang2 mimpi awek berbadan anak gajah..laju je ko terjaga eh..ciss
@a little less conversation
itu selamat terjaga, kalo tak tak tahu la apa nasib aku.
baru aku nak tanya, sejak bila ko pandai berjogging ha???
amboi, ni kalau aku yang lemas mesti laju je ko lari kan? tak pasang niat dah nak tolong aku. haha.
cis aku baru nak percaya
lemas gara2 lompat bintang..merghhh tragikk.
hhha r ni semua aorg mimpi dan bgun lmbat??? ^^
alarm tu pun mmpi awek lompat bintang, tu yang tak bnyi.
kahkahkahkah
aww, nice writing skills! =D
dah excited dah nak jadi hero, sekali spoiled by the alarm. haha
Post a Comment